728x90 AdSpace

­Top Banner Advertisement
Latest News
Kamis, 01 Mei 2014

Inilah Asal Usul nya Hari MAYDAY Dunia

Selamat Hari Buruh, seperti mana yang kita tau hari buruh disambut di seluruh dunia bukan Malaysia sahaja yang menyambut Hari Pekerja ini tapi pernah tak korang tau dari mana asal usulnya 1 Mei dijadikan sebagai Hari buruh?


Hari Pekerja atau Hari Buruh 1 Mei adalah raya perpaduan dan perjuangan bagi rakyat pekerja seluruh dunia. Untuk meraikan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja. Hari Buruh mempunyai asal-usulnya dalam gerakan kesatuan buruh, khususnya demostrasi lapan jam, dimana mereka menuntut hak bekerja 8 jam sehari. Pada ketika itu, hak asasi buruh adalah di tahap yang teruk di mana mereka dipaksa bekerja sehingga 15 jam sehari.

Mari ketahui lagi kisah, tragedi, sejarah dan Fakta tentang 1 Mei hari buruh sedunia di bawah ini....

202707_tragedi-haymarket-di-chicago--as-_663_382.jpg (663×382)

Pada tahun 1866, sidang Internasional Pertama di Geneva telah mengemukakan slogan sistem kerja 8 jam. Pada 1 haribulan Mei tahun 1886, ribuan orang buruh di Chicago, Amerika Syarikat mengadakan mogok besar menuntut pelaksanaan sistem kerja 8 jam. Melalui perjuangan berdarah, kaum buruh akhirnya memperolehi hak sistem kerja 8 jam. [Penerangan kisah Rusuhan Hypermarket 1886 di bawah]

55.jpg (400×251)

Pada bulan Julai 1889, dalam kongres penubuhannya di Paris, Internasional Kedua memutuskan untuk menjadikan 1 Mei sebagai simbol perpaduan, perjuangan dan kemenangan golongan pekerja, sebagai hari pekerja antarabangsa.

Semenjak itu, kaum pekerja berbagai negara pun mengadakan perarakan peringatan atau kegiatan-kegiatan lainnya pada 1 Mei setiap tahun. Kaum pekerja negara kita mulai mengadakan kegiatan-kegiatan memperingati Hari Pekerja Antarabangsa 1 Mei secara besar-besaran sejak penghujung tahun-tahun 30-an atau menjelang tahun-tahun 40-an.

f26fa7caa70b6da67e21fe0c4fb3d9b9.jpg (400×283)

ikuti pula sejarah Hari Buruh sedunia apa yang berlaku sewaktu Rusuhan Hypermarket 1886

Pada 1 Mei 1886, seramai ribuan buruh di AS berkeinginan kuat menghentikan dominasi kelas borjuis telah dengan organisasi pekerja Knights of Labour. Mereka melakukan demonstrasi tunjuk perasaan di beberapa tempat di AS. Mereka dipimpin oleh Federasi Buruh Amerika dan dipengaruhi oleh idea-idea International Workingsmen Association. Gerakan tersebut telah melakukan agitasi dan propaganda tanpa henti sebelum Mei untuk merealisasikan tuntutan "Lapan Jam Sehari".

Pada tanggal 1 Mei 1886 (Kemudian dikenal sebagai May Day), sewaktu itu sebanyak 350.000 orang buruh yang dirancang oleh Federasi Buruh Amerika melakukan pemogokan di serata tempat di Amerika Syarikat.

Golongan pekerja ini menuntut penambahbaikan terhadap hak-hak mereka dan yang paling utama mereka menuntut hak bekerja 8 jam sehari. Pada ketika itu, hak asasi buruh adalah di tahap yang teruk di mana mereka dipaksa bekerja sehingga 15 jam sehari.


Demonstrasi tunjuk perasaan ini berlanjutan sehingga 2 hari yaitu pada 3 Mei 1886. Pihak berkuasa menghantar sejumlah pasukan polis untuk mematahkan protes para pekerja di kilang McCormick. Sehinggakan polis menggunakan kekerasan bagi meleraikan demonstrasi tersebut dan Pihak polis juga menembak para pekerja yang melakukan tunjuk perasaan secara rawak. Empat orang dilaporkan mati manakala puluhan yang lain cedera. Kemarahan makin membuak-buak di kalangan golongan para pekerja yang melakukan protes itu.

Pada 4 Mei 1886, demonstrasi yang berpusat di kawasan Haymart. Protes ini disertai oleh puluhan ribu buruh. Mereka pada mulanya berarak secara damai, namun sebuah bom tiba-tiba meletup di bahagian barisan pihak polis yang mengawal. Seorang polis maut dan belasan yang lain cedera. Pihak polis membalas dengan menembak para pekerja secara bertubi-tubi. Ramai yang dilaporkan maut dan cedera parah.

Akibat dari kejadian pengeboman tersebut menyebabkan hampir semua orang penting dan tokoh buruh ditangkap untuk disoal siasat. Proses pengadilan berjalan secara berat sebelah. .


Manakala seorang lagi tokoh, Louis Lingg membunuh diri ketika dipenjarakan. Hukuman untuk Michael Schwab, Samuel Fielden dan Oscar Nebe pula diganti dengan hukuman penjara seumur hidup.

8 orang pemimpin buruh dijatuhi hukuman gantung kerana demonstrasi yang berlaku pada 4 Mei 1886 :
  1. August Spies, imigran berkebangsaan Jerman, mati digantung
  2. Albert Parsons, warga A.S., mati digantung
  3. Adolph Fischer, imigran berkebangsaan Jerman, mati digantung
  4. George Engel, imigran berkebangsaan Jerman, mati digantung
  5. Louis Lingg, imigran berkebangsaan Jerman, bunuh diri dengan menggunakan dinamit sewaktu berada di dalam penjara
  6. Michael Schwab imigran berkebangsaan Jerman, diberi keringanan hukuman dari hukuman mati menjadi hukuman kurungan penjara seumur hidup, kemudian diampuni pada tahun 1893
  7. Samuel Fielden imigran berkebangsaan Inggris, diberi keringanan hukuman dari hukuman mati menjadi hukuman kurungan penjara seumur hidup, kemudian diampuni pada tahun 1893
  8. Oscar Neebe warga A.S. keturunan Jerman, dihukum 15 tahun penjara kemudian diampuni pada tahun 1893.
Dengan itu bagi memperingati pergerakan perjuangan buruh ketika itu, maka tarikh 1 Mei pun akhirnya ditetapkan sebagai hari buruh dalam Kongres Antarabangsa Buruh di Paris pada tahun 1890. 1 Mei kemudiannya turut popular dengan sebutan May Day. Kemudian, ianya di ikuti oleh banyak negara termasuk negara Malaysia. :)

Mayday2013.jpg (213×237)

Ucapkan lah kepada ibu dan ayah anda selamat hari buruh kerana mereka ini yang berkerja keras untuk membiayai kehidupan kamu susah dan senang...

Artikel ini dikutip dari Sejarah Hari Buruh / Pekerja
 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komentar:

Posting Komentar

Item Reviewed: Inilah Asal Usul nya Hari MAYDAY Dunia Rating: 5 Reviewed By: animepedia9